Johainizamshah Johari jangan berlagak hero, cetek ilmu sejarah politik di Sabah,” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Putatan

KOTA KINABALU: Exco Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Johainizamshah Johari diingatkan agar ‘Jangan berlagak hero’ mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal sekali gus memperlihatkannya dirinya cetek ilmunya dalam sejarah politik di Sabah.

Advertisements

Naib Ketua Pemuda UMNO Putatan, Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali berkata, Johainizamshah perlu disekolahkan semula kerana UMNO Sabah tidak gilakkan kuasa seperti yang didakwa dalam kenyataanya semalam.

Katanya, sila ingat balik sejurus selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) 2020, UMNO sebenarnya banyak mengalah sekali gus memberi ruang kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.

“BERSATU pada PRN 2020 hanya menang 11 kerusi manakala UMNO Sabah memperoleh 14 kerusi. Secara logiknya, mengapa kononnya kamu (GRS) banyak mengalah sedangkan hakikatnya GRS telah menikmati pelbagai kedudukan serta jawatan hasil daripada pengorbanan UMNO Sabah itu sendiri.

“Johainizamshah jangan nafikan perkara ini sedangkan Tan Sri Muhyiddin yassin sendiri mengucapkan terima kasih kepada UMNO Sabah kerana memberi laluan kepada Hajiji Noor untuk menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Syazwan Shah berkata, perkara kedua iaitu ahli-ahli UMNO Sabah tidak mudah lupa meskipun diberi kerusi paling banyak pada PRN 2020 namun beberapa calon bebas bertanding sekali gus menang pada kerusi tersebut.

“Jelas dilihat terdapat unsur sabotaj dikenakan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, apatah lagi bila melihat beberapa calon bebas yang menang ini melompat masuk ke GRS dan PGRS.

“Malah, ada beberapa calon bebas ini secara jelas serta disahkan merupakan ahli BERSATU pada masa itu,” jelas Mohamad Syazwan Shah.

Menurutnya, tuduhan Johainizamshah langsung tidak melambangkan senario sebenar kononnya beberapa pemimpin UMNO Sabah diberi jawatan jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan GLC.

“Malah boleh lihat sendiri dalam pelantikkan barisan kabinet selepas PRN 2020 jelas menunjukkan UMNO Sabah tidak dianggap sebagai rakan strategik tetapi hanya sebagai ‘Alat’ untuk memenuhi syarat sokongan terhadap penubuhan kerajaan negeri.

“Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sendiri diberikan portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum berubah kepada Menteri JKR.

“Pada ketika itu, GRS hampir semua dapat kementerian yang penting. Boleh lihat di sini siapa sebenarnya yang gilakan kuasa dan siapa yang ingin menggunakan siapa untuk kekal berkuasa,” tambah Mohamad Syazwan Shah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles