Status SMK Nabalu kini di peringkat prabina

KUALA LUMPUR: Status pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu setakat Oktober 2023 adalah di peringkat prabina dan dijangka untuk diiklan tender pada Oktober 2025.

Advertisements

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu jawapan bertulis di persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini.

“Pelaksanaan projek telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia untuk dilaksanakan secara kaedah reka dan bina.

“Pihak JKR telah melaksanakan kerja-kerja awalan di tapak dan dalam peringkat penyediaan reka bentuk bagi persediaan iklan tender projek,” ujar Madius dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, pembinaan bangunan baharu SMK Nabalu yang dilengkapi 18 bilik darjah telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan Tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM110 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu turut memberitahu bahawa KPM mengambil maklum cadangan beliau tentang reka bentuk pembinaan sekolah menengah baharu iaitu SMK Laya-Laya, Tuaran.

“KPM akan meneliti kaedah reka bentuk dan pelaksanaan projek SMK Laya-Laya bersama-sama agensi teknikal bagi mengelakkan sekolah daripada terkesan akibat banjir.

“Sementara itu, KPM menjelaskan bahawa semakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah mendapati Sekolah Kebangsaan (SK) Laya-Laya Tuaran tidak diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko banjir.

“Walau bagaimanapun, KPM sentiasa meneliti dari semasa ke semasa, dan sekiranya ada pengesahan daripada agensi teknikal dan terdapat keperluan untuk pembinaan baru gantian di tapak baharu, permohonan akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT),” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles