Lebih 3,000 perwakilan Gagasan Rakyat dijangka hadir persidangan agung Isnin ini

KOTA KINABALU: Kira-kira 3,000 perwakilan dan pemerhati daripada 74 bahagian seluruh Sabah dan Labuan akan berhimpun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 13 November ini.

Advertisements

Mereka berkumpul bagi mengikut
Persidangan Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang julung kali diadakan itu.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata persidangan agung itu akan dimulakan dengan persidangan sayap-sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis yang dirasmikan oleh timbalan presiden Gagasan Rakyat Datuk Masidi Manjun.

Katanya presiden Gagasan Rakyat
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dijadual menyampaikan ucapan dasar pada sebelah petang persidangan itu.

“Amanat dan visi perjuangan yang akan diungkapkan oleh YAB Presiden bakal menjadi azimat dan pedoman dalam mengharungi cabaran di gelanggang politik tanah air khasnya di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nizam berkata setakat ini sambutan rakyat terhadap Gagasan Rakyat amat baik dan ia berkembang lebih pantas daripada yang dijangkakan.

“Sifatnya yang sederhana tetapi konsisten, bercirikan berbilang kaum tanpa dipengaruhi oleh sentimen kaum dan agama menjadikan Gagasan Rakyat diterima baik di seluruh Sabah.

“Perjuangan ‘Sabah First'(Sabah di Utamakan) sebagai salah satu landasan perjuangan parti adalah aspirasi rakyat Sabah demi kemakmuran negara Malaysia yang lebih adil,” katanya.

Beliau berkata pimpinan Gagasan Rakyat sepakat untuk terus memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama anggota parti parti komponen GRS untuk terus menjadi pilihan rakyat Sabah pada pilihan raya negeri akan datang.

“Ada lah diharapkan rumusan PAT (Persidangan Agung Tahunan) ini, akan menyuntik semangat di semua peringkat sebagai upaya memperkukuh parti dan menjadikan Gagasan Rakyat sebagai Suara Rakyat Sabah,” katanya.

Nizam berkata pencapaian dan kejayaan kerajaan perpaduan GRS PH plus yang pimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri, menjadi penanda aras Gagasan Rakyat mendapat sokongan rakyat Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles