Oleh: Jaafar Abd Wahid
KENINGAU : Ketua UMNO bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi mahu ahli Umno di negeri itu memperkemaskan jentera parti dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan masing-masing bagi menghadapi Pilihanraya Negeri PRN 17 yang dijangka lebih awal diadakan dari tempoh yang sepatutnya,
Katanya, persediaan lebih awal penting bagi mempastikan jentera pentadbiran di peringkat cawangan dan PDM dikemaskinikan dan berada dalam keadaan yang siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkin.
“Kita perlu bersiap siaga lebih awal untuk menghadapi PRN dan mengelak daripada bekerja pada saat-saat akhir” katanya ketika di temui selepas merasmikan mesyuarat pembentukan ahli jawatankuasa PDM kampung Luagan Keningau dekat sini baru-baru ini.
Nik Mohd Nadzri berkata, tempoh kira-kira lima tahun sehingga tarikh tamat mandat berakhir tahun 2025 bukanlah suatu jangka masa yang lama malah kemungkinan besar PRN akan diadakan sebelum tempoh berakhir.
“Tempoh lima tahun tidak lama bagi parti politik menghadapi pilihan raya. Sebab itu kita kena bersedia sentiasa,” katanya.
Menurut Nik Mohd Nadzri jentera parti perlu sentiasa fokus kepada penyampaian, meluangkan masa bertemu dan mendengar denyuatan nadi rakyat untuk mengetahui hasrat dan keperluan mereka.
“Saya berharap kepimpinan bahagian atau cawangan UMNO akan meningkatkan lagi gerak kerja, kenal pasti dan menambah keahlian UMNO di peringkat cawangan ,kenal pasti jumlah pengundi termasuk pengundi muda” katanya.
Dalam masa yang sama Nik Mohd Nadzri yang juga Pengerusi Sekretariet NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah mengingatkan agar ketua -ketua cawangan UMNO mengemas kini jumlah kehalian UMNO di peringkat cawangan dan PDM ini berikutan berlakunya sandiket mencuri ahli UMNO menjadi ahli parti lain.
“Kita perlu membuat pemutihan terhadap keahlian parti kita kalau sudah berpindah atas kerelaan mereka kita hormati keputusan mereka sesudai dengan amalan demokrasi ,namun dalam masa yang sama di peringkat cawangan kita perlu pastikan nama dan nombor kad pengenalan ahli kita tidak dicuri untuk menjadi ahli parti lain” tegas beliau.