Orang ramai dijemput hadir meriahkan program Kinacup 2023 Kinabatangan

KINABATANGAN: Orang ramai khususnya di daerah ini dan kawasan-kawasan berhampiran dijemput hadir bagi memeriahkan program Kinabatangan Cultural Festival 2023 (KINACUF2023) yang diadakan pada Sabtu (4 November 2023) di Dewan Sri Lamag Kinabatangan, dekat sini.

Advertisements

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar berkata acara yang julung kali dianjurkan itu, bermula dari awal pagi sehingga ke malam dengan pelbagai pengisian program bakal disajikan kepada pengunjung.

Katanya acara yang bermula jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan pameran etnik, bengkel seni, sukan rakyat dan persembahan tarian daripada setiap etnik yang terdapat di daerah itu.

“Pada sebelah petang pula kita ada persembahan pentas dengan persembahan beberapa orang artis jemputan selain persembahan pencak silat dan acara ini akan diteruskan pada sebelah malam untuk majlis perasmian program,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan dijangka merasmikan majlis itu.

Menurut Mohd Kurniawan pada sebelah malam pula orang ramai akan dapat berhibiur bersama artis-artis jemputan antara Sop Band, Ameza, Syamira,Kimberly, Ikigai Band, Zuana Zul Mat, Fedlee Patrick, Zarinie Shakira, Baby Masmina FT Lampu Neon Rhythm, Clarice Johan Martha dan Fiq Mintor.

Mohd Kurniawan yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata penganjuran program itu juga diharapkan dapat memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat khususnya di kawasan tersebut.

Katanya, Malaysia khsusnya di Sabah kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan agama yang mana keunikan ini perlu ditonjolkan sebagai salah satu prodak pelancongan khususnya di kawasan Kinabatangan.

“Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang justeru kita berharap penganjuran program seperti ini dapat dijadikan wadah kea rah memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama erat di kalangan Masyarakat setempat,” katanya.

Mohd Kurrniwan menambah perpaduan dapat dicapai melalui kebudayaan dan seni seperti tarian dan muzik yang memerlukan kerjasama pasukan. Tanpa kerja berpasukan, sesebuah tarian atau alunan muzik itu tidak dapat dipersembahkan dengan baik.

Beliau berkata penganjuran (KINACUF 2023) itu bermatlamat mendekatkan masyarakat umum dan antarabangsa dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia khsusunya di kawasan Kinabatangan selain
mempromosikan pelbagai produk pelancongan yang terdapat di negara ini dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles