Eighteen SG juara futsal piala ketua wira Libaran

SANDAKAN: Pasukan Eighteen SG FT telah menjuarai Kejohanan Futsal Piala Ketua Wira Warisan Libaran yang diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Gum-Gum Batu 16.

Advertisements

Pasukan Eighteen SG FT telah membawa pulang hadiah kejohanan wang tunai RM1000, medal dan sijil.

Naib johan, pasukan Gwencana FT membawa balik wang tunai RM500, medal dan sijil.

Manakala, pasukan Kejora FT dab PPR Sungai Manila dinobatkan tempat ketiga bersama dengan masing-masing membawa balik RM300, medal dan sijil.

Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum Arunarsin Taib.

Ketua Wira Warisan Libaran yang juga pengerusi penganjur, Mohammad OKK Haji Asmara berkata sebanyak 26 pasukan telah menyertai kejohanan yang julung kali diadakan dan berakhir dalam suasana harmoni.

“Sudah pasti adat dalam sesuatu pertandingan pasti ada pasukan yang menang dan ada pasukan Kalah, tapi itu semua bukan menjadi fokus utama dalam kejohanan pada Kali ini.

“Matlamat utama penganjuran kejohanan pada kali ini adalah untuk mencungkil seterusnya mengasah bakat-bakat baru belia dalam sukan futsal dan semestinya memupuk semangat sepasukan dan silaturahim antara pasukan yang bertanding,” katanya selepas ditemui selepas kejohanan berkenaan.

Selain daripada itu, beliau menjelaskan melalui kejohanan ini juga, setiap pasukan yang bertanding dapat menambah pengalaman bermain dalam suasana pertandingan yang mana memerlukan kekuatan mental, emosi dan disiplin yang tinggi..

“Dengan pengalaman yang mereka miliki sepanjang kejohanan ini, dapatlah serba sedikit menjadi pemangkin untuk mereka menyertai kejohanan lain di luar kawasan Libaran,” katanya.

Mohammad berkata Wira Warisan Libaran selaku pihak penganjur berharap sukan futsal ini akan terus menerus berkembang di kawasan parlimen Libaran dan akan ada pasukan yang dapat bertanding diperingkat Negeri mewakili parlimen Libaran dimasa akan datang InsyaAllah..

“Terima kasih kepada seluruh ajk penganjur, Barisan pengadil dan belia-belia PPR GUM-GUM yang Mana telah bertungkus lumus dalam memastikan kejohanan ini dapat dijayakan dengan gahnya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles