Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Kompleks Penjara Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat Kompleks Penjara Kota Kinabalu di Kepayan, dekat sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda kira-kira 4.35 petang disambut isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni, isteri Ketua Menteri Datin Seri Datuk Juliah Salag dan Pengerusi PERSIAP Malaysia Datin Zihana Mohd Zin.

Turut hadir Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhammad.

Setiba di kompleks penjara itu, Raja Permaisuri Agong turut diberi sambutan persembahan silat dan menerima jambangan bunga daripada Pelajar Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu.

Lawatan itu adalah sempena program Jelajah Sabah oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri menerusi program Kembara Kenali Borneo yang bermula di Tawau 3 September lepas.

Tunku Azizah turut berkenan melawat Bengkel Pastri Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Sebelum berangkat pulang, Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat pusat Mini Infokraf Produk Penjara Sabah (MyPRIDE)dan menandatangani buku pelawat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles