Gabungan Sabah akan guna formula ‘Kerajaan Perpaduan” dalam PRN akan datang – Hajiji

KOTA KINABALU: Gabungan pemerintah di Sabah akan menggunakan formula “kerajaan perpaduan” dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisements

Ketika memberi jaminan itu, beliau berkata Sabah kini dibawah pemerintahan kerajaan campuran, termasuk Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak seharusnya memisahkan diri daripada rakan kongsi kita, termasuk PH dan lain-lain seperti Barisan Nasional (BN) kerana matlamat kita adalah untuk membangunkan Sabah dan rakyatnya,” beliau dipetik sebagai berkata kepada New Straits Times di sini hari ini.

Hajiji berkata demikian sebagai mengulas gesaan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee agar PH, BN dan Perikatan Nasional (PN) yang berpangkalan di Semenanjung tidak menyertai pilihan raya negeri yang wajib diadakan sebelum 9 Okt 2025.

Sebelum ini, Yong dipetik sebagai berkata bahawa cadangannya itu bertujuan mengelak pertindihan calon yang akan bertanding dalam PRN akan datang.

Hajiji seterusnya berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengelak gerakan politik yang berlebihan.

Hajiji juga berkata beliau akan berbincang dan meneliti peranan SAPP sebagai “ejen berganda”, yang merujuk kepada peranan parti itu sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri, tetapi sebagai pembangkang di peringkat persekutuan.

SAPP merupakan parti komponen PN yang mana Yong juga adalah Timbalan Pengerusinya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles