Wanita Umno Diminta Gandakan Usaha Bantu BN hadapi PRN

KOTA KINABALU: Wanita Umno dingatkan agar sentiasa peka dan memberi tumpuan kepada keperluan rakyat sepanjang masa dan bukan hanya pada musim pilihan raya umum sahaja.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata anggota dan pimpinan Wanita UMNO perlu memahami bahawa perjuangan mendekati rakyat bukan bermusim.

“Wanita UMNO perlu melipatgandakan usaha membantu memperkasakan parti selaras dengan jajaran baharu UMNO Sabah khususnya dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang,” katanya.

Bung berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Wanita UMNO Sabah di Pejabat Perhubungan UMNO Sabah dekat sini pada Isnin.

Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Sabah Senator Datuk Noraini Idris.

Turut hadir ialah Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin dan Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah Jeefrey Nor Mohamed.

Pada majlis tersebut, Noraini turut memperkenalkan Ketua-Ketua Wanita UMNO dari 25 bahagian yang majoritinya terdiri dari muka baharu.

Dalam pada itu, Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO meminta agar mereka yang tewas dalam pemilihan Wanita UMNO bahagia baru-baru ini turut diberikan tempat dalam kepimpinan Wanita UMNO bahagian yang baharu.

Menurut beliau pengalaman bekas-bekas Ketua Wanita UMNO bahagian boleh dikongsikan bersama kepimpinan baharu bagi membentuk satu pasukan yang kuat dan ianya juga dapat mengelakan perpecahan dalam parti.

“Pemilihan hanya proses demokrasi dalam parti, keutamaan kita ialah mendahulukan kepentingan parti ,justeru semua pihak yang menang atau kalah selepas pemilihan perlu bersatu semula,” tegas Bung

Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan turut meminta Wanita UMNO agar bermula dari sekarang bekerja proakktif dalam membuat bancian terkini data pemilih sebagai persediaan menghadapu PRN.

“Kita perlu bermula dari sekarang dengan gerak kerja yang konsisten, perlaksanaa program program mendekati ahli dan rakyat di peringkat akar umbi tidak perlu dalam skala besar yang penting Wanita UMNO sentiasa ada di samping rakyat khususnya mereka yang ditimpa musibah,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meminta semua ahli UMNO khusunya Wanita untuk menerima gabungan dalam Kerajaan Perpaduan dengan berlapang dada bagi memastikan kestabilan politik Malaysia terus terpelihara.

Menurut beliau gabungan tersebut perlu diterima semua pihak memandangkan politik Malaysia bersifat dinamik dan sukar untuk diramal.

“Ingatlah, kita bukan lagi sebuah parti dominan, kita tidak akan bertanding semua kerusi. Kita perlu bermuafakat dan perlu berkompromi demi membawa kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan yang kita dukung bersama,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles