Oleh Yussof J. Imbang
KOTA KINABALU: Ucapan Ketua Umno Bahagian Sepang Datuk Noorazli Said dalam Persidangan Agung Umno (PAU) 2026 berpotensi mencetuskan konflik perpaduan kaum dan sangketa politik jika pemimpin itu enggan memohon maaf secara terbuka kepada penganut Kristian di negara ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu itu sedangkan seseorang bergalar pemimpin sepatutnya mengetahui batas sensiviti agama dan implikasi perundangan.
” Kita menghormati Umno kerana parti nasional itu adalah rakan dalam pembentukan kerajaan Sabah, tetapi perbuatan Noorazli mempersandakan paderi dan biarawati Katolik berunsur lucah dianggap satu penghinaan kepada penganut agama Kristian keseluruhannya.
” Saya berasa kesal kerana Noorazli sengaja merujuk Mazmur ayat 129 dalam Kitab Suci Katolik sebagai bahan jenaka, sadangkan kandungan itu tidak tepat mengikut pengamal kitab Injil, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ucapan sensitif Noorazli dalam perhimpunan parti nasional itu telah menimbulkan kemaharan umat Katolik dan agama Kristian di negara ini.
Mengulas lanjut Masiung mengesa polis mengambil tindakan terhadap Ketua Umno Sepang itu di bawah Seksyen 298 Kanun Kesiksaan Akta 574 kerana mempersendakan sensiviti agama lain, jika beliau enggan memohon maaf.
Menurutnya, umat Kristian, Islam serta penganut agama lain di Sabah sudah sekian lama saling hidup dalam satu kekeluargaan dengan semangat hormat-menghormati sesama sendiri.
Masiung berkata, semangat toleransi itu tidak mengizinkan mana-mana ahli politik mencamarkan kehermonian dalam kebebasan beragama di wilayah Sabah.
Wakil Rakyat Kuamut itu mengingatkan bahawa tindakan Ketua Umno Sepang itu seolah-olah merendahkan maruah golongan Paderi dan penganut Kristian.
Masiung bertegas supaya Noorazli segera tampil memohon maaf secara terbuka tanpa syarat, sebelum tercetus sebarang ketegangan yang boleh menggugat kehermonian kaum.
Sejak kelmarin pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak Ketua Umno Sepang itu memohon maaf secara terbuka kepada umat Katolik dan Kristian di negara ini.
