ADUN Usukan perhebat program santuni rakyat

KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meneruskan program santuni rakyat di kawasan itu.

Advertisements

Semalam, bekas Ketua Menteri Sabah itu menyempurnakan Majlis Penutupan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Zon Barat KB di Stadium Botung, dekat sini.

“Aktiviti sukan yang dianjurkan ini banyak memberi manfaat buat pelajar,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Sebelum itu, Salleh telah menghadiri Majlis Silaturahim kelab Alfikra di Kg Lebak Engad.

Pada majlis itu, beliau berkesempatan bersantai dan bermesra dengan ahli Kelab.

Salleh berharap aktiviti yang diatur oleh kelab berkenaan akan terus memberi manfaat kepada semua ahli.

Dalam program lain,  bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu telah merasmikan pembukaan kedai IMIKA Di Wisma Arked Print, Kota Belud.
.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles