Peter Anthony optimis rakyat Sabah di Selangor sokong kerajaan Perpaduan


SHAH ALAM: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony optimis rakyat Sabah yang berada di Selangor akan menyokong calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang menunjangi kerajaan perpaduan.

Advertisements

Beliau berkata berdasarkan maklum balas daripada warga Sabah yang mengundi di Selangor, rata-rata mereka menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya melihat majoriti rakyat Sabah termasuk yang bekerja atau berada di Selangor menyokong kerajaan Perpaduan.

“Jelas sekali, dalam masa tujuh bulan Anwar menjadi Perdana Menteri, banyak perubahan dan pembaharuan yang dibawa yang belum pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini,” katanya.

Peter berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Santai Kaamatan yang dirasmikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari di Padang Sri Muda, dekat sini pada Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahada.

Oleh itu, Peter mengajak rakyat supaya memberi peluang kepada kerajaan Perpaduan untuk meneruskan agenda pembangunan negara demi kebaikan bersama.

“Dalam tahun-tahun mendatang, saya percaya agenda pembangunan yang dibawa oleh Perdana Menteri akan bertambah hebat…jadi berilah peluang kepada beliau (Anwar) merealisasikan wawasan Malaysia Madani,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles