Juhari nafi dakwaan UMNO Sabah kononnya PGRS Sukau tidak sokong kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sukau Juhari Janan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan daripada UMNO negeri Sabah yang menyatakan bahawa PGRS Sukau tidak menyokong kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Advertisements

Beliau berkata kenyataan yang dilafazkan selaku Ketua Bahagian lebih bermaksud kepada kegagalan UMNO Kinabatangan dalam memajukan DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan walaupun telah memerintah selama lebih 20 tahun.

“Sepanjang tempoh pemerintahan UMNO di Dun Sukau dan Parlimen
Kinabatangan, masih ramal lagi rakyat yang menderita dan mendambakan kemajuan dalam menjalani kehidupan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Juhari berkata usaha untuk memecah-belahkan Kerajan Negeri Sabah pada dosarnya dimulakan oleh kepimpinan UMNO Negeri Sabah yang juga dipimpin oleh UMNO Kinabatangan menerusi gerakan yang digelar “Langkah Kinabalu” bagi menjatuhkan Kerajan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah pada awal Januari yang lalu.

“Demi untuk memajukan DUN Sukau dan Kinabatangan, pihak PGRS DUN Sukau ingin menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Neger Sabah (GRS) dibawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Perpaduan) dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles