75 peserta sertai pertandingan memancing kolam santai Titanic

SANDAKAN: Seramai 75 orang menyertai Pertandingan Santai Kolam Titanic Kampung Liningkung, Telupid, Sandakan baru-baru lalu.

Advertisements

Program tersebut merupakan anjuran Gagasan Rakyat bahagian Telupid dan dilancarkan oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

Redonah berkata memancing ikan memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan hobi memancing ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan ahli-ahli Gagasan Rakyat di kawasan dengan masyarakat setempat di Kampung Liningkung di antara satu dengan yang lain.

Program ini amat unik di mana selain beramah mesra dengan ahli-ahli Wanita Gagasan Rakyat bahagian Telupid turut diadakan acara spontan iaitu pelancaran Pertandingan Memancing ddi Kolam

Perjumpaan kali ini sangat unik dengan program spontan iaitu Pelepasan Pertandingan Memancing di Kolam Santai Titaanic milik Ketua bahagian Gagasan Rakyat Telupid, Pinus Gondili

Turut hadir sama Ketua Bahagian, Pinus Gondili, Timbalan Ketua Bahagian, Warday Tuahan, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Telupid, Aneh Jamri, serta ahli jawatankuasa bahagian Telupid, ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Telupid

Related Articles

253FansLike

Latest Articles