Malaysia, Algeria sedia bekerjasama dalam keusahawanan, perusahaan mikro

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia bekerjasama dengan Republik Demokratik Rakyat Algeria dalam meningkatkan hubungan dua hala terutama dalam bidang keusahawanan dan perusahan mikro.

Advertisements

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya H.E. Yacine El Mahdi Ouali pada mesyuarat dua hala di Algeria selama empat hari bermula 1 Julai lalu.

Dalam pertemuan itu, Ewon turut mempelawa kerajaan Algeria menyertai program perniagaan eksport di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Antara bidang kerjasama yang ditawarkan oleh Malaysia kepada Algeria ialah program perniagaan eksport, pembangunan kapasiti, perbankan Islam, perbankan digital dan pembayaran tanpa tunai serta program keusahawanan untuk pelajar universiti dan belia.

Ewon berkata, pihak Algeria berminat mempelajari dan mendalami antara lain pengurusan keusahawanan sosial dan memformalisasi ciri usahawan yang tidak formal.

“Pihak Algeria juga menunjukkan minat bekerjasama untuk mempromosi sistem ekonomi tanpa tunai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Selain itu, kedua-dua negara bersetuju antaranya menganjurkan forum perniagaan dan memudahkan akses bagi Perusahaan, Kecil dan Sederhana (PKS) dari kedua-dua negara ke pasaran masing-masing.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles