Sambutan Luar Biasa Ahli Setiap Majlis Rumah Terbuka Adilifitri UMNO Petanda Mereka Masih Sayang Parti – Bung

TUARAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin terkejut dengan sambutan luar biasa masyarakat kampung Mengkabong Tuaran khususnya ahli-ahli UMNO di bahagian itu, dalam majlis sambutan rumah terbuka Aidilfirti Penolong Setiausaha badan perhubungan UMNO Sabah Al fian Sambas di kediaman beliau di kampung Mengkabong Tuaran baru-baru ini.

Advertisements

Dalam hantarannya di Media Sosial (Facabook) milik beliau .menulis “ Saya hampir tidak percaya denga apa yang saya lihat, saya ingatkan masyarakat Mengkabong (Tuaran) sudah hilang kepercayaan dengan UMNO rupanya orang di sini masih sayang UMNO”katanya

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kerana sebelum ini telah tular di media sosial UMNO Tuaran khususnya di Mengakong sudah terkubur dan banyak ahlinya hilang kepercayaan dengan parti.

“Saya fikir sambutan malam ini biasa-biasanya sahaja, tapi bila saya tiba begitu ramai yang hadir menanti ketibaan saya bersama rombongan UMNO Sabah , memanglah sambutan hari raya Aidilfitri , tapi mejoriti yang hadir terdiri dari ahli-ahli UMNO tanda mereka masih setia dengan parti” katanya dalam nada berseloroh ketika ditemui selepas majlis tersebut.

:ebih 3,000 orang hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Keruak, ADUN Darau Azhar Datuk Matusin Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Noraini Iidris, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan Penolong Setiausaha UMNO Sabah Alfian Sambas selaku tuan rumah dan beberapa Ketua Umno bahagian bahagian.

Menurut Bung lagi dalam sirih jelajah beliau bagi memenuhi undangan majlis rumah terbuka di beberapa bahagian UMNO antaranya Lahad Datu,Kudat,Kota Belud Tawau,Kinabatangan dan Membakut sememangnya sambutan dari orang ramai terutamanya ahli-ahli UMNO amat luar biasa dan masih menunjukkan kesetiaan perjuangan mereka bersama parti.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Bung berkata, UMNO perlu kembali menjadi sebuah parti yang memberi khidmat kepada rakyat sekiranya mahu rakyat memberi sokongan sepenuhnya kepada parti itu terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)

Beliau berkata, UMNO berjaya menjadi sebuah parti yang besar pengaruhnya kerana kekuatan parti itu yang sentiasa mengutamakan khidmat kepada rakyat.

”UMNO perlu mengutamakan rakyat dengan menjadi sebuah parti yang berkhidmat hanya untuk rakyat, bukannya kepada golongan tertentu sahaja,” katanya

Selain itu, jelasnya, UMNO juga perlu mengutamakan perpaduan antara kaum yang menjadi teras kepada keharmonian negara selama ini.

”Kesemua elemen-elemen ini adalah asas perjuangan yang perlu UMNO pertahankan dan teruskan untuk memastikan parti ini diterima rakyat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles