Presiden KDM ucap selamat maju jaya kepada Juil

PENAMPANG: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony mengucapkan selamat maju jaya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuatim yang mengumumkan keluar daripada parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun bebas.

Advertisements

“Semogo Juil mendapat kebahagian bersama parti gagasan beliau,” katanya.

Peter berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat KDM, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Juil yang jugq timbalan presiden KDM keluar daripada KDM dan menjadi ADUN Bebas.

Menurutnya, Juil tidak memaklumkan dengan jelas sebab berbuat demikian.

“Apa yang saya tahu, Juil dalam kenyataannya semalam ada menyebut tentang perlunya peruntukan (dana) untuk membangunkan DUN Limbahau…tiada alasan lain yang diberikan,” katanya.

Peter berkata KDM terus komited menyokong kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan kerajaan yang memerintah di negeri Sabah.

Mengenai ura-ura KDM akan bekerjasama dengan BN dan Warisan bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, Peter berkata setakat ini, parti itu belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada KDM akan menyokong Rang Undang-Undang Akta Anti Lompat Parti yang bakal dibentang pada persidangan DUN Khamis ini, presiden KDM itu berkata parti itu akan menyokong akta itu demi kebaikan semua terutama daripada segi kestabilan politik.

“Kita sedia menyokong Akta Anti Lompat Parti bagi mengelak budaya beli-membeli Adun di Sabah. .jadi siapa yang mahu lompat boleh lah lompat sekarang,” katanya sambil berseloroh.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles