SKM hulur sumbangan zakat kepada lima rumah anak yatim

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM10,000 kepada lima buah rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan selangor, sempena Majlis Iftar SKM, di Menara SKM, di sini, semalam.

Advertisements

Sumbangan sebanyak RM2,000 setiap rumah kebajikan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada majlis itu.

Penerima sumbangan itu ialah Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak, Pusat Jagaan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur, Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor dan Maahad Tahfiz Al – Ansar.

“Semoga melalui sumbangan zakat ini dapat membantu meringankan beban dan anak-anak yatim akan dapat menyambut lebaran dengan perasaan gembira,” kata Ewon.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha Kuskop Datuk Seri Suriani Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Umar Sarim Saidin.

Sementara itu Umar Sarim berkata Program Iftar Ramadan itu merupakan inisiatif SKM untuk merai anak-anak kurang berkemampuan dan mengeratkan mengukuhkan perpaduan dikalangan warga SKM.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles