Mereka yang tinggalkan parti golongan tewas – Bung

SANDAKAN : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata ,mereka yang meninggalkan parti adalah golongan yang tewas dalam perjuangan dan tiada nilai perjuangan yang boleh diteladani.

Advertisements

Menurut beliau pejuang sebenar parti ialah mereka yang mengambil tanggungjawab dan bertahan teguh pada prinsip serta pendirian biar apa pun kesukaran dan cabaran yang diharungi.

“Pertama, tindakan lari dari parti jelas menunjukkan sisi sebenar diri mereka yang selama ini kita tidak ketahui. Tidak usah kita risau. Mereka yang lari dari wadah perjuangan ini tidak akan merugikan kita. Sudah lumrah, ibarat sebuah perkahwinan, jika takdirnya adalah perpisahan, maka berpisahlah,” katanya

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Ketua Menteri yang juga Pengerusi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat ) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bahawa PGRS terbuka menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang dipecat.

Tiga ADUN yang dipecat itu ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).

Menurut Bung, GRS pada bila-bila boleh mengambil bekas pemimpin UMNO yang khianat kepada parti ,malah sebelum ini dalam kenyataan mereka tiga ADUN yang terlibat sudah menyatakan sokongan mereka kepada Hajji sekali gus menyokong GRS.

“Apapun sebelum pemecatan dibuat perkara ini telah dirujuk kepada Lembaga Displin parti dan dikeluarkan surat tunjuk sebab ,namun mereka enggan berhadapan dengan Lembaga Displin dan selepas itu perkara ini dirujuk kepada Ahli Majlis Tertinggi sebelum pemecatan dilakukan, kita mengikut prosidur parti yang ditetapkan,” jelas Bung.

Menurut Bung dalam situasi seumpama itu UMNO khususnya UMNO Sabah akan merasa lebih selamat bersama pemimpin dan ahli yang memiliki prinsip kesetiaan dalam parti daripada menyimpan pemimpin yang seperti “gunting dalam lipatan”

Bung menambah apa pun cabaran yang berlaku UMNO Sabah perlu meneruskan langkah ke hadapan, tanpa meratapi pemergian mereka yang sudah tidak lagi sudi bersama UMNO .

Ketidaksudian mereka ini menzahirkan kelemahan prinsip, etika, semangat dan jati diri, katanya.

“Paling menyedihkan dan dikesalkan, dalam semua perkiraan ini (wang, pengaruh, jawatan dan kuasa) tidakkah sedikit pun mereka ini fikir tentang satu perkara yang paling penting? Iaitu rakyat dan pengundi yang mengangkat mereka. Apakah rakyat dan pengundi adalah perkiraan paling akhir dalam membuat keputusan? Sehinggakan undi yang mereka buang atas nama parti asal mereka itu (UMNO) sedikit pun tidak bernilai,” kata Bung.

Bagi Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang lebih penting sekali, ialah perjuangan tidak akan pernah lari daripada perjuangan asalnya, yang menjadi tunjang kepada pegangan dan prinsip, apa lagi UMNO merupakan parti keramat yang lahir dari suara rakyat dibina atas semangat perjuangan bukan atas dasar tamak kuasa.

Menurut Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, tindakan mengalu-alukan pelarian UMNO menunjukkan kerapuhan kedudukan dan sisi sebenar penerimanya.

Bung menambah mungkin ada yang beranggapan bahawa ahli-ahli politik yang telah meninggalkan UMNO, untuk menjadi bebas mahupun menyertai wadah-wadah politik lain, adalah pejuang tapi sebenarnya mereka bukan pejuang mereka adalah golongan yang tewas dalam perjuangan. Tiada sekelumit nilai perjuangan yang boleh kita teladani daripada mereka.

Bung berkata apa yang paling menyedihkan dan di kesalkan, dalam semua perkiraan ini yang melompat parti ini ialah wang, pengaruh, jawatan dan kuasa)

Menurut beliau pemimpin yang terlibat apakah tidak sedikit pun mereka terfikir tentang satu perkara yang paling penting? Iaitu rakyat dan pengundi yang mengangkat mereka. Apakah rakyat dan pengundi adalah perkiraan paling akhir dalam membuat keputusan? Sehinggakan undi yang mereka buang atas nama parti asal mereka (UMNO) itu sedikit pun tidak bernilai

“Kerana golongan ini adalah virus yang selama ini menyakiti dan merosakkan UMNO biarkankah di mana pun mereka berada, pasti akan membawa sakit dan rebah , saya yakin, virus-virus penyakit yang selama ini telah membarah di dalam diiri mereka ketika bersama UMNO pasti akan menjadi sebahagian daripada darah daging bersama parti baharu yang mereka sertai”

“Mereka akan bawa bersama mereka budaya politik naugan dan wang. Mereka akan mencari segala kesempatan dan ruang bukan untuk berjuang, tetapi mengaut manfaat untuk kepentingan peribadi,” tegas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles