Jadikan Ramadan Bulan Pertingkatkan Ibadah – Siti Aminah

KUALA PENYU: Umat Islam diseru menjadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau ‘reset’ kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.

Advertisements

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Daruk Hajah Siti Aminah Aching turut menasihatkan umat Islam agar menggunakan peluang Ramadan bagi menguruskan masa dengan betul dengan menjadikan ibadah sebagai rutin harian.

“Bulan Ramadan sebenarnya bukan hanya untuk orang beriman sahaja berpuasa, kita perlu tukar pemahaman kita dengan bulan puasa adalah orang yang nak jadi baik maka dia perlu berpuasa.

“Bukan orang baik maka dia berpuasa, jadi bagi umat Islam yang ingin menjadi seorang yang lebih baik maka berpuasa lah kamu.

“Berpuasa ini sebenarnya adalah ‘reset’ semula kehidupan kita, kadang-kadang pelbagai aktiviti kita lakukan jadi pada bulan ini mungkin ada aktiviti tertentu yang tidak perlu dilakukan, dibuang daripada rutin harian,” Katanya semasa berucap di majlis Santunan Kasih Ramadahan di masjid Nurhidaya Kampung Palu-Palu dekat sini kemarin.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Kuala Penyu Joumat Bisnim, Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort, Ustaz Jaludin Haji Kadir, Ketua USIA bahagian Kuala Penyu Awang Hashim Awang Damit dan Pengerusi Masjid Nurhidaya kampug Palu-Palu Haji Mardan Dahlan.

Menurut Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita USIA Sabah orang ramai khususnya masyarakat Islam dinasihatkan untuk menghentikan kritikan terhadap mereka yang menjadikan Ramadan ini sebagai titik perubahan ke arah lebih baik.

“Berpuasa itu bukan sekadar menahan dari lapar dan dahaga semata-mata, malah perbuatan kita .percakapan lisan,penulisan kita termasuk di media sosial apa lagi tomahan dan sebagainya perlu dihentikan kerana ia juga boleh mengurangkan pahala puasa” katanya

Beliau turut menasihatkan agar umat Islam menggunakan masa terluang mengingati Allah SWT sebagai amalan ibadah.

“Apa yang penting kita cuba yang terbaik apabila kita sedang tidak melakukan apa-apa contohnya pada waktu lapang, kita perlu ingat kepada Allah SWT.

“Kita selalu menasihatkan pada diri kita , apabila ada masa terluang selalu ingat kepada Allah. Jadi pada bulan Ramadan ini, kita dijemput olehNya untuk mendekatiNya.”katanya

Pada majlis tersebut Aminah yang juga Ahli Parlimen Beufort turut menyampaikan sumbangan Wang Tunai dan buah kurma kepada 4 masjid 9 buah surau di Kawasan daerah Kuala Penyu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles