Wanita UMNO berperanan luruskan kembali jalur politik negara – Rosnah

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Advertisements

PAPAR : Pergerakan Wanita UMNO perlu akur ,parti itu mempunyai tanggungjawab besar untuk meluruskan kembali jalur politik negara.

Ketua Wanita UMNO bahagian Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shrilin berkata untuk menjadikannya kenyataan, UMNO khususnya Wanita UMNO harus komited memikirkan kelangsungan atau survival parti demi mempertahankan agenda Melayu Islam/ Bumiuputera di negara ini.

“Wanita UMNO khususnya di bahagian ini perlu memperkuhkan kedudukan seebagai tunjang parti dalam menghadapi cabaran dunia politik terutamanya menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) dan Pilhanraya Umum (PRU) ke -16 akan datang,” katanya.

Rosnah berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama dan pelantikan jawatan tertinggi Wanita UMNO bahgian Papar dekat sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, Rosnah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO meminta mereka yang dipilih oleh para perwakilan dalam mesyuarat persidangan bahagian baru-baru ini termasuk mereka yang dilantik supaya melihat pemilihan mereka sebagai satu Amanah serta tanggungjawab besar bagi memastikan kelangsungan UMNO kekal relevan dan diterima oleh rakyat.

“Tahniah kepada mereka yang dipilih dan dilantik, kita lihat ini sebagai satu Amanah serta tanggungjawab besar untuk digalas secara bersama memberikan khidmat secara professional dengan penuh didikasi,Amanah,cekap ikhlas disamping mendahulukan kepentingan parti dari kepentingan lain,” jelas Rosnah.

Menurut Rosnah , wanita sebagai tulang belakang UMNO seharusnya lebih fokus pada agenda parti serta tenang dalam apa jua keadaan.

“Sekiranya tulang belakang iaitu wanita retak atau senget, maka goyahlah UMNO secara keseluruhannya.

Oleh itu Rosnah mahu Wanita UMNO khsusunya di bahagian itu berikrar setia bersama parti dan sanggup mengorbankan apa jua kedudukan, pangkat untuk membuktikan kesetiaan Wanita kepada perjuangan parti keramat itu.

Rosnah menambah jalur politik negara semakin mencabar justeru peranan serta strategi yang betul perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO

“Bukan kerana kuasa, bukan kerana kerusi. Tetapi, parti keramat ini perlu mendominasi untuk kesejahteraan rakyat, yang sekian lama telah terbukti.

“Jangan sesekali benarkan kerusi yang dimenangi dengan penat jerih wanita dan jentera parti diberikan lagi kepada pengkhianat yang telah lompat parti!,” tegasnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles