Bung Nafi Keluarkan Kenyataan Menyokong Kerajaan GRS

KINABATANGAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menafikan mengeluarkan kenyataan terbaharu kononnya beliau kembali menyokong kerajaan GRS seperti yang disiarkan oleh Stesen TV Swasta.

Advertisements

Menurut Bung, sebelum ini Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pernah mengeluarkan kenyataan BN memberikan sokongan kepada kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dengan mengambil kira ketetapan di peringkat persekutuan yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Perbincangan telah dilakukan oleh Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk menyelaras semua parti yang mengasaskannya, dan di Sabah kita diwakili oleh Timbalan Ketua Umno Sabah sebelum ini Datuk Yakub Khan, bagaimanapun sehingga ke hari ini tidak ada resolusi yang dicapai malah pemecatan penjawat jawatan awam lantikan politik dari UMNO terus dilakukan…apakah ini di maksudkan kerajaan Perpaduan,” Soal Bung.

Beliau diminta mengulas laporan berita Astro Awani yang melaporkan bahawa beliau membuat kenyataan UMNO Sabah menyokong GRS Semula selepas menghadiri majlis Santuhan Kasih Ramadahan di masjid daerah Kinabatangan petang tadi.

Menurut Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, apa yang beliau perjelaskan kepada media terdapat kekeliruan orang ramai khususnya ahli parti apabila pemimpin UMNO yang masih berada dalam kerajaan PGRS sekarang ,bagaimanapun mereka tidak dapat membuat sokongan secara terbuka dan menandatangani akuan bersumpah (SD)

“Pemimpin yang dipecat oleh UMNO kerana mereka menyokong secara terbuka dan menandatangi akuan bersumpah (SD) dan telah pun mengistiarkan mereka keluar dari UMNO,” katanya.

Menurut beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Sabah beliau tidak dapat memberikan komen siapa yang Ketua Menteri lantik dan pecat dari UMNO dari kebinet atau pejawat awam lantikan politik kerana itu hak beliau sebagai Ketua Menteri untuk melantik dan pecat melantik yabagaimana pun tindakan ini sebenarnya tidaklah melambangkan konsep Kerajaan Perpaduan yang sebenarnya ,justeru bagaimana kita boleh menzahirkan sokongan jika begini keadaanya.

“ Inilah persoalan yang timbul sekarang bagaimana kita boleh melastarikan konsep kerajaan Perpaduan di Sabah kita suka lantik tidak suka pecat dan suasana ini tidak akan mengwujudkan kestabilan politik khususnya di Sabah dan bagi UMNO kita tenang sahaja tidak perlu seperti peribahasa “hidung tak mancung pipi pula yang tersurung-surung,” jelas Bung sambil tersenyum.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles