Oleh: Jaafar Abd Wahid
SANDAKAN: Sebanyak 300 pek cendol bakal diagih-agihkan kepada penduduk setempat dalam program Ramadhan Bersama Barisan Nasional (BN) anjuran Pergerekan Pemuda BN/UMNO Kinabatangan bersama belia setempat di kampung Linayukan Kinabatngan pada 5 April ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan Mohd Naim Kurniawan Moktar berkata program ini akan menampakkan sedikit kelainan dengan penglibatan pemuda dan belia setempat bergotong royong membuat cendol dari mengikut rasepi dan citarasa pemuda.
“Biasa kita melihat pembuatan cendol di monopoli oleh golongan Wanita atau kaum ibu tapi untuk program ini Pemuda “ berkongsi rezeki” ,kami akan gunakan sepenuhnya tenaga orang muda sepenuhnya dari proses membuat sehingga mengagih-agihkanya kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.
Menurut Mohd Naim yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, program tersebut merupakan salah satu program untuk mengimarahkan lagi bulan ramadahan tahun ini.
“Bagi pemuda UMNO/BN bukan kerana agihan berkongsi rezeki ini kepada orang ramai namun yang penting jalinan ialah jalinan kerjasama antara pemuda UMNO/BN bersama belia wanis setempat untuk diterjemahkan dalam ikatan ukhuwah yang sejati,” katanya.
Malah katanya program seperti ini juha akan mendekatkan lagi parti serta kepimpinan parti bersama ahli dan rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira umur bangsa dan agama.
Selain itu Mohd Naim berkata program seperti ini juga akan merubah prasepsi UMNO mesti menjadi sebuah parti yang bersifar inklusif bukannya eksklutif
“ Jangan personal sudah tidak sokong UMNO ? jika kita mahu mendapat sokongan dari orang luar parti dan pemimpin perlu berubah dari segi pendekatan dan kesesuaian program , jelasnya kita tidak boleh menjadi parti yang syok sendiri tapi melakukan pendekatan yang mesra dan boleh menarik orang luar bersama UMNIO” katanya
Sehubungan dengan itu menurut Naim program turun padang bersama jentera pemuda BN/UMNO ini diharapkan menjadi flaffrom untuk mendekatkan parti UMNO kepada masyarakat luar agar mereka lebih memahami aspirasi dan perjuangan parti keramat ini dalam memelihara kestabilan politik, keamanan kemajuan dan kebajikan rakyat.