Ramadan Bulan Terbaik Hayati Konsep Malaysia Madani – Siti Aminah

BEAUFORT: Penganjuran program Santuhan Kasih Ramadahan atau majlis keagamaan dalam usaha berkongsi dan meraih ilmu atau beramal adalah selaras dengan konsep yang dibawa Kerajaan Perpaduan iaitu Malaysia Madani.

Advertisements

Timbalan Menteri Perladangan dan Komiditi Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, konsep Madani itu sendiri membawa maksud bertamadun dan program keagamaan adalah salah satu daripada cabang usaha yang perlu dimarahkan

“Majlis seperti ini ( Santuhan Kasih Ramadahan ) merupakan antara asas untuk kita menyemai rasa kasih sayang ,memperkukuhkan ukhwah, ini kerena jika dihayati konsep Malaysia Madani itu sendiri, ia membawa pengertian negara ini bertamadun yang dijanakan dengan perpaduan” katanya ketika ditemui selepas menghadiri dua Santuhan Kasih Ramadahan masjid Kampung Klias Kecil dan Kebatu dekat sini kemarin.

Menurut Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort majlis seperti ini seharusnya dimanfaatkan sebagai wadah untuk membina kekuatan perpaduan untuk mengangkat mertabat insaniah,ekonomi, ilmu Pendidikan dan sosial.

Sehubungan dengan itu Aminah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengajak umat Islam agar menjadikan bulan Ramadahan sebagai madasarah untuk memgeratkan hubungan perpaduan dan rasa kasih sayang melalui aktiviti-aktiviti masjid sembahyang berjemaah dan menganjurkan program-program kebajikan di sepanjang bulan mulia ini.

“Kita akui keadaan ekonomi negara susut selepas dilanda wabak covid sebelum ini, usaha berterusan untuk membina kekuatan ekonomi negara sedang dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan hari ini ,mana kala mereka yang terjejas terus dibantu melalui pelbagai inisiatif dan bantuan oleh kerajaan khususnya kepada golongan B40,” katanya.

Dalam pada itu juga Aminah turut menjelaskan berkemungkinan beliau tidak semua program di sepanjang bulan Ramadahan ini dapat beliau dapat bersama rakyat di Kawasan ekoran kakangan tugas di Kementerian di Kuala Lumpur bagaimana pun tambah beliau program yang dirancang akan diteruskan dan dihadiri oleh pegawai-pegawai di pusat khidmat Parlimen Beaufort.

“Saya perlu perjelaskan sebab sudah timbul isu atau prasepsi yang ditularkan di media sosial dari pihak yang tidak bertanggungjawab kununnya saya senyap dalam majlis majlis sepanjang bulan Ramadahan ini yang secara kebetulan bertembung dengan program-program yang diatur lebih awal di kementerian,” jelas Aminah.

Aminah menambah pegawai-pegawai beliau sudah menyelaraskan jadual program sepanjang bulan Ramadahan ini agar tidak bertembung dan program akan diteruskan mengikut apa yang dirancang dan dijadualkan ke lain lain Kawasan .

Pada majlis tersebut selain berbuka puasa bersama rakyat setempat Aminah juga turut solat berjemaah maghrib dan menyampaikan sumbangan kepada tabung masjid dan surau selaian sumbangan untuk golongan asnaf

Related Articles

253FansLike

Latest Articles