Ahli MAN diseru sentiasa pastikan tindakan, keputusan berlandaskan hukum adat

KUNAK: Ahli-ahil Mahkamah Anak Negeri (MAN) diseru agar sentiasa memastikan tindakan dan keputusan yang dibuat adalah berlandaskan hukum adat.

Advertisements

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih yang membuat seruan ini berkata, Kerajaan Negeri amat prihatin kepada rakyat dan akan terus menjaga hak dan kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan satu sesi taklimat sempena lawatan rasmi beliau ke Mahkamah Anak Negeri (MAN) daerah Kunak di Majlis Daerah Kunak, dekat sini, kelmarin.

Seramai 100 orang MAN yang terdiri daripada Ketua – ketua Adat hadir pada sesi tersebut yang turut membincangkan masalah-masalah yang ada.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif, Pegawai Daerah Kunak, Awang Yusuf; Pengarah JEHAINS, Majaran Osman dan penduduk setempat.

Isnin turut melawat Dewan Masyarakat yang rosak dan lama tidak dapat digunakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles