Kenyataan media ADUN N.56 Tanjong Papat merangkap Pengerusi DAP Sabah YB Datuk Poon Ming Fung @ Frankie:
SANDAKAN: Pagi Sabtu, saya bersama dengan pasukan saya telah mengunjungi Pasar Umum Sandakan untuk mengedarkan kalender tahun baharu ini dengan mandarin oren bagi menyambut sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba.
Setelah seminggu lalu saya berada di Kota kinabalu atas sebab pergolakan politik, akhirnya dapat kembali ke kawasan tengah malam semalam. Saya berasa amat gembira dapat berjumpa dengan rakyat di kawasan saya terutamanya di tempat kunjungan orang ramai iaitu Pasar Umum Sandakan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Gong Xi Fatt Cai kepada orang ramai di situ dan mendengar isu-isu yang dihadapi oleh mereka. Pasar Umum ini walaupun baru saja selesai dengan kerja kenaikan taraf tetapi masih banyak lagi kekurangan yang perlu ditambahbaik. Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi serta memenuhi keperluan penjaja-penjaja di situ.
Saya berharap kerajaan perpaduan yang telah ditentukan kini dapat memberi kestabilan dan fokus kepada pembangunan ekonomi serta kebajikan masyarakat. Hentikan mainan politik dan tumpu kepada perkara yang dapat memberi kesejahteraan dan pembangunan masyarakat.