Kenderaan Terbakar Punca Gangguan Bekalan di Kinabatangan

KINABATANGAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini dalam usaha untuk memulihkan bekalan elektrik di daerah itu secara berperingkat dan bekalan dijangka dapat disalurkan kepada semua pengguna lewat petang ini (Khamis).

Advertisements

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, gangguan bekalan itu terjadi pada jam 8.38 pagi apabila pepasangan talian milik SESB terkesan akibat kebakaran sebuah kenderaan berat di bawah talian SESB di Kampung Lot M.

Bagi memastikan kegiatan seharian pengguna di daerah itu tidak terjejas, SESB telah menempatkan dua buah gen-set bergerak di Hospital Daerah Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kinabatangan untuk membekalkan tenaga elektrik.

“Pemulihan secara berperingkat sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya lewat petang ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, SESB menghargai kesabaran pengguna dan menasihati pengguna untuk menghubungi SESB Careline di talian 15454/088-515000, Whatsapp 019-8525427 atau menyalurkan sebarang aduan melalui aplikasi MySESB.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles