13 Rumah Terjejas Ekoran Air Pasang Besar di Menumbok Dapat Perhatian Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi

MENUMBOK: Sebanyak 13 rumah terjejas susulan fenomena air pasang besar serta ombak yang berlaku di perkampungan atas air kampung Laut dan Sekalong dekat sini semalam.

Advertisements

Dalam kejadian yang dilaporkan bermula jam 11.00 malam sehingga jam 1.00 pagi itu tidak ada laporan kemalangan jiwa atau rumah roboh ekoran bencana tersebut.

Bagaimanapun, kejadian tersebut menjejaskan penduduk kampung terlibat yang menyaksikan hampir keseluruhan rumah dimasuki air pasang selain memusnahkan harta benda.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Siti Aminah Aching yang kini berada di kawasan turut bergegas menemui penduduk yang terlibat disamping menghulurkan bantuan awal berupa kewangan dan keperluan makanan untuk meringakan beban mereka yang terlibat.

“Alhamdulillah hari ini saya berpeluang menemui mereka yang terjejas disamping menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka dan saya turut bersyukur kerana tidak ada kejadian yang serius yang berlaku seperti rumah roboh sebagaimana yang berlaku di daerah lain seperti di Sandakan,Pitas, Kudat dan Tanjung Aru Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu, Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort meminta penduduk yang tinggal dikawasan pantai dan sungai khsusnya di kawasan tersebut agar sentiasa berwaspada ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dan juga fenomena air pasang besar yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

Katanya penduduk terlibat terutama yang tinggal di pesisir pantai atau berhampiran dengan pantai dinasihati supaya berhati – hati dalam berdepan fenoma air pasang besar dan sentiasa mendapatkan laporan terkini mengenai keadaan cuaca dari pihak yang berkuasa.

“Atas sebab keselamatan, saya meminta penduduk untuk mengosongkan rumah mereka dan menyelamatkan dokumen penting sekiranya fenomena luar jangka ini berlaku,” katanya.

Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort itu juga menyeru pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung (JPKK ) di kampung yang terlibat agar memantau keadaan jambatan yang menghubungkan antara rumah ke rumah yang mungkin mengalami kerosakan ekoran bencana tersebut.

Menurut beliau jika berlaku kerosakan ianya perlu diperbaiki segara agar tidak menjejaskan kehidupan penduduk yang terlibat.

Turut serta dalam lawatan itu Ketua Daerah Mengundi Menumbok Haji Mohd Fadzlee Abdullah pemimpin masyarakat tempatan serta pegawai pegawai dari Pusat Parlimen Beaufort.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles