KUSKOP Sedia beri penangguhan bayaran balik pinjaman AIM, Tekun kepada mangsa banjir – Ewon

PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedia menimbang untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan kepada peminjam atau sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terkesan dengan banjir di seluruh negara.

Advertisements

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kementerian itu amat prihatin dengan situasi dan nasib yang menimpa mangsa banjir yang kini ditimpa kesusahan termasuk di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Kota Belud (Sabah).

“Kita maklum dengan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir khususnya di Kelantan, Terengganu dan juga Kota Belud.

“Sebab itu kita bersedia memberi penangguhan pembayaran balik pinjamam AIM dan juga TEKUN sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di seluruh negara,” katanya.

Ewon berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Menteri KUSKOP Bersama Usahawan Parlimen Penampang di Pusat Kebudayaan Sabah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Mengenai Krismas, Ewon yang juga anggota Parlimen Penampang berkata sambutan Krismas merupakan antara wadah terbaik penyatuan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya ini kerana amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi akan mengeratkan lagi perpaduan, menjalin persefahaman serta mengukuhkan silaturahim.

Beliau berkata majlis ramah mesra Krismas itu turut dihadiri para pemimpin kerajaan negeri, sekali gus menunjukkan keakraban para pemimpin kerajaan Perpaduan persekutuan dan kerajaan negeri.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudian, Hajiji berkata kerajaan Sabah turut memberi perhatian khusus kepada mereka yang ditimpa musibah terutama mangsa banjir.

Beliau berkata sambil merayakan Krismas, nasib mereka yang dalam kesusahan seharusnya tidak dilupakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles