KKM Perlu Naik Taraf Hospital Daerah Tenom, Atasi Segera Masalah Tempat Menyimpan Mayat

TENOM: Kementerian Kesihatan Malaysia diminta segera mengatasi masalah beberapa fisiliti di Hospital Daerah Tenom yang daif dan tidak dapat digunakan, terutamanya peti sejuk tempat menyimpan mayat.

Advertisements

Ahli Parlimen Tenom, Encik Riduan Rubin berkata, masalah kerosakan pada peti sejuk tempat simpanan mayat telah menyusahkan rakyat kerana mayat si mati terpaksa dihantar dan disimpan di Hospital Daerah Keningau.

Menurutnya, dalam kes tertentu, mayat si mati terpaksa dikebumikan segera kerana tiada tempat menyimpannya.

“Masalah kerosakan peti sejuk tempat simpanan mayat di Hospital Daerah Tenom telah berlaku sekian lama. Justeru saya berharap KKM dan Jabatan Kesihatan Sabah dapat menyelesaikan masalah itu pada kadar segera demi kemudahan rakyat Tenom”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan meninjau Hospital Daerah Tenom, dekat sini selepas menerima aduan daripada orang ramai berhubung permasalahan bidang kesihatan di Tenom.

Riduan berkata, fisiliti lain yang memerlukan perhatian KKM ialah keadaan bilik posmortem yang sudah daif, kekurangan mesin dialisis untuk pesakit buah pinggang, masalah air yang berpunca daripada kapisiti tangki yang tidak mencukupi untuk menyimpan air, masalah kekurangan mesin rawatan dan peralatan hospital yang tidah berfungsi dengan baik, disamping keadaan hospital yang daif.

Katanya, pihak Hospital Daerah Tenom telah memberikan komitmen untuk menyelesaikan isu utama itu selewat-lewatnya akhir bulan Disember ini.

“Sudah tiba masanya KKM menaik taraf Hospital Daerah Tenom dan menggantikan mesin dan peralatan lama dengan peralatan baharu kerana rakyat mengharapkan perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkualiti daripada Kerajaan Perpaduan”.

“Saya berharap Menteri Kesihatan yang baharu, Dr.Zaliha Mustafa akan memberi keutamaan kepada rayuan penduduk Tenom yang mengharapkan perkhidmatan kesihatan yang baik disamping infrasrtuktur kesihatan yang mencukupi”, tegasnya.

Beliau berharap pihak Hospital Daerah Tenom kelak akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Tenom setelah permasalahan dalam bidang kesihatan telah diatasi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles