Dua maut dalam kemalangan di Jalan Telupid-Beluran

BELURAN: Seorang pemandu dan seorang penumpang maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Telupid / Beluran, dekat sini, 4.20 petang, semalam.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim bin Muda, berkata mangsa yang maut adalah Jamil Matesair, 38, dan Jumiani Tumanan, 31.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati Perodua Myvi dari Telupid menghala Sandakan manakala van dari Sandakan menghala Telupid.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi cuba untuk memotong kenderaan di hadapannya iaitu sebuah lori treler lalu masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah van kemudian van tersebut hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terlanggar lori treler di bahagian tayar sebelah kanan. Pelanggaran menyebabkan pemandu dan penumpang van meninggal dunia setelah beberapa jam ketika sedang dirawat oleh doktor di hospital”.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles