Tahniah Kabinet Perpaduan Era Reformasi

217

Oleh Pengerusi Tetap, Majlis Belia Sabah, Mazlan @ Joehari Bin Manan

KOTA KINABALU: Ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri diatas pengumuman senarai kabinet kerajaan Malaysia sebentar tadi.

Kabinet yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa, ras negeri tetapi masih punya kelompongan era reformasi yang diharapkan rakyat dalam senarai tersebut.

Penyenaraian YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah tentu bukan seperti yang diharapkan oleh rakyat kebanyakan, tetapi sungguh pun demikian dengan deretan senarai nama baru sebagai Menteri Penuh diharapkan mampu membawa perubahan dan reformasi yang dilaungkan sebelum ini.

Bagi kami anak muda belia negeri Sabah juga cukup menyokong penuh pelantikan AHli Parlimen Muda dan baru iaitu YB Datuk Armizan Mohd Ali dan YB Tuan Ewon Benedick dalam senarai Kabinet Kerajaan baru ini. Aspirasi perjuangan mereka sebelum ini sudah tentu mampu membawa perubahan yang ingin direalisasikan dalam kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun jumlah kecil wakil negeri Sabah dalam Kabinet Kerajaan sedikit mengecewakan. Semoga akan ada lantikan dan tanggungjawab yang lebih signifikan kepada wakil-wakil Sabah dalam kerajaan dan GLC kemudiannya nanti yang mampu membawa bersama aspirasi rakyat Negeri Sabah.

Kabinet yang di umumkan oleh YAB Perdana Menteri tadi punya pelbagai latar belakang dengan gabungan muka lama dan baru. Sungguh pun begitu dengan kepelbagaian tersebut di harapkan Kabinet ini mampu membawa perubahan dan reformasi kerajaan baru demi Malaysia yang lebih baik untuk masa depan. Cabaran YAB PM dan kerajaan baru ini adalah dalam merealisasikan apa yang telah dijanjikan sebelum pilihanraya. Anak muda dan rakyat secara keseluruhannya akan melihat apa perubahan yang mampu kerajaan baru ini laksanakan dan bagaimana mereka mampu membentuk dasar-dasar kerajaan yang akhirnya membawa negara ke era baru dan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat sesuai dengan perubahan zaman.

Di Kerajaan Perpaduan dengan aspirasi kepada perubahan sistem tadbir urus kerajaan yang lebih baik. Kami anak muda dan rakyat negeri Sabah memohon agar lebih banyak perubahan yang mampu di bawa dan dilakukan kerajaan persekutuan kepada hak dan kepentingan rakyat negeri Sabah.

Peluang telah di hidangkan dan amanah harus dipertanggungjawabkan, kami sentiasa berharap agar kerajaan baru ini mampu membawa perubahan kepada negara ke era baru demi Malaysia yang lebih baik.