Ewon komited perkasakan hala tuju Kementerian Keusahawanan

165

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick yang baharu dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bertekad merangka hala tuju kementerian supaya lebih positif dan menyumbang kepada kemajuan bidang keusahawanan negara.

Sebelum ini Ewon, 39, pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah antara tahun 2018 dan 2020.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian menang di kerusi Parlimen Penampang atas tiket Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 14,410 undi pada PRU15 baru-baru ini.

Terdahulu, dalam sidang media pengumuman barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar berkata, kesemua 28 Menteri Kabinet yang baru dilantik itu akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 3 petang esok