PENAMPANG: Pengarah Operasi GRS Pusat Kepayan Jafery Jomion @ Jet Fei Lee merayu kepada pengundi berbangsa Cina di Parlimen Penampang untuik membuat keputusan menyokong calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kenny Chua Teck Ho pada Sabtu ini.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Kepayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, Kenny Chua adalah seorang calon yang pertama kali bertanding selepas kerajaan GRS-BN ditubuhkan dua tahun lalu.
“Walaupun hanya dua calon yang dipilih daripada STAR untuk bertanding namun ini tidak mematahkan semangat kepimpinan atasan dan akar umbi untuk meneruskan perjuangan demi kerana kestabilan politik negara.
“Semangat kekeluargaan dan timbang rasa sesama pemimpin yang lebih penting sebagai tunjang kekuatan dan bukannya berapa kerusi yang parti kami dapat untuk bertanding,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Jafery meminta pengundi supaya tidak lupa kepada sejarah bahawa STAR pernah meminta pemimpin parti yang telah berpecah untuk bergabung.
“Ada juga pemimpin kita meminta sedekah menjadi calon parti-parti dari parti gabungan seperti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan sebagainya untuk bertanding.
“Tetapi bezanya pemimpin parti parti komponen dalam GRS tidak perlu lagi ke kuala lumpur untuk mendapat kebenaran atau mendapat watikah bertanding tetapi hanya perlu ketuk pintu parti GRS di Sabah termasuklah calun Bersatu dari Malaya juga akan datang ke Sabah untuk meminta watikah yang dikeluarkan sendiri oleh peminpin atau GRS,” katanya.
Beliau dalam pada itu turut berkata, biarlah pemimpin PH Sabah terus diperbodohkan oleh pemimpin dari parti Semenanjung tetapi bukannya pengundi di Parlimen Penampang.
“Jangan lagi pengundi-pengundi P174 Penampang diperbodohkan oleh peminpin bodoh sekali lagi untuk mengundi mereka kerana Ewon Dan Darell Leiking (calon PH dan Warisan) itu sendirilah orang yang pertama melompat dari parti mereka atau menghianati penyokong yang memenangkan mereka dulu,” katanya.