KOTA KINABALU: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Priscella Peter mengajak rakyat Sabah supaya menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai inspirasi untuk terus memperkukuh nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Katanya ini termasuk memupuk perpaduan, kebersamaan dan menghormati kepelbagaian.
“Dalam menghadapi cabaran masa kini, marilah kita sama-sama jadikan sambutan ini sebagai sumber inspirasi mengukuhkan perpaduan.
“Sebagai rakyat Malaysia dan anak Sabah, jalankan lah tanggungjawab ini,” katanya dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.
Priscella berkata ini memastikan warisan kemerdekaan terus terpelihara demi masa depan anak bangsa dan negeri Sabah yang lebih maju dan sejahtera serta aman damai.
Beliau turut mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026.
Hari Sabah dirayakan pada 16 September setiap tahun.
