LAHAD DATU : Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang tidak perlu “menegakan benang yang basah” bagi menafikan pembabitan beliau membantu berkempan calon Bebas bagi Parlimen Tenom Riduan Rubin yang juga merupakan anak beliau sendiri.
Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, Darius mula proses penamaan calon, Rubin turut kelihatan mengiringi calon Bebas Riduan ke pusat penamaan calon dan selepas beberapa hari beliau kelihatan turut bersama calon Bebas Riduan menyerahkan borang kemasukan,Ridaun ke dalam Parti Kesejahteraan Demotarik Masyarakat (KDM) did hadapan presidenya Datuk Pater Anthony.
” Matlamat kemasukan calon Bebas Riduan bersama KDM sudah tentu ingin menarik penyokong (KDM) untuk menyokong calon bebas bagi mengakang kemaraan calon Bariasan Nasional Tenom Jamawi Jaafar ” jelas Bung sebagai mengulas kenyataan media Rubin yang tidak berpuas hati dengan gesaan beliau agar Rubin diambil tindakan termasuklah dipecat dari pengerusi syarikat berkaitan kerajaan.
Menurut Bung yang gesaan beliau berfakta ,walaupun Rubin cuba berdolak dalik tentang kewujudkan beliau bersama calon Bebas dalam beberapa siri program politik
Bung berkata keputusan telah dipersetujui bersama antara BN dan GRS yang mana kerusi parlimen Tenom diberikan kepada wakil dari BN dan Rubin mengetahuinya kerana beliau merupakan anggota GRS
” Perbuatan beliau (Rubin) sering bersama calon Bebas sudah tentu menimbulkan presepsi negetif kepada penyokong GRS dan BN apalagi calon merupakan anak sendiri ibarat pepatah ” Air dicincang tidak akan putus ” justeru tindakan beliau (Rubin ) bukan sahaja memungkiri perjanjian termateri antara BN dan GRS malah turut tidak menghormati nasihat Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Noor supaya semua pemimpin memberikan sokongan kepada calon calon BN dan GRS yang bertanding pada PRU kali ini’ katanya
Bung menambah walaupun Rubin mengakui beliau merupakan calon Bebas pada PRN tahun 2020 dang dipalawa membentuk kerajaan namun beliau mengakui mesra GRS yang sepatutnya patuh kepada perjanjian yang dipersetujui dan nasihat Hajiji selaku pengerusi GRS
Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lamag meminta pengundi pengundi di Parlimen Tenom agar menolak calon bebas dan pemimpin yang besikap ” Talam dua. Muka”
” Tidak ada untungnya kita menyokong calon bebas dan jika pun ditakdirkan menang mereka tidak dapat membentuk kerajaan dan mempunyai hala tuju yang jelas selain calon yang disokong keluarga sendiri demi menjaga kepentingan politik peribadi yang kesan kerugiannya bakal diterima oleh rakyat ” Jelas Bung.
Tambah Bung jika rakyat di Tenom memilih calon Bebas mereka tidak ubah diwakili oleh parti pembangkang segala peruntukan untuk pembangunan dikawasan tersebut tidak akan diperolehi berbeza jika mereka menyokong BN sebuah parti yang mampu membawa kestabilan politik dan kemakmuran negara.
Dalam pada itu ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Tun Mustapa Bung meminta pengundi Lahad Datu bijak memilih calon yang bertanding dalam PRU kali ini
Menurut Bung memilih calon pembangkang termasuk Warisan merupakan satu kesilapan besar kerana ia sama seperti memilih parti pembangkang yang tidak dapat membawa apa-apa pembangunan untuk kepentingan rakyat di kawasan tersebut.
” Di dalam manifesto BN kita menyediakan pelbagai tawaran yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang sudah pasti akan dilaksanakan sekiranya BN menawan Putrajaya pada PRU kali ini ” jelas Bung.