SANDAKAN : Rakyat Libaran dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah pihak lawan yang disebarkan melalui media sosial mahupun semasa sesi berkempen.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi berkata, pihak lawan seolah-olah ketandusan modal hingga sanggup menyebarkan fitnah dan auta demi meraih sokongan rakyat.
βKita turun padang untuk memberi penerangan sepatutnya kepada rakyat mengenai apa yang telah kerajaan lakukan dan apa hasrat kita selepas ini jika diberi mandat untuk menerajui kerajaan.
βBerbeza dengan kempen calon pihak lawan yang hanya pandai mengkritik dan memburuk-burukkan BN,β katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama belia di Kampung Nelayan Batu Putih, semalam.
Menurut Suhaimi, rakyat di Libaran boleh mendengar, tetapi jangan sesekali mempercayai dengan kata-kata negatif dan fitnah pihak lawan yang menjadi asam garam semasa kempen pilihan raya.
βPihak lawan sekadar merayu simpati agar pengundi menyokong mereka. Bukan itu sahaja, mereka memainkan isu-isu semasa, malah lebih teruk turut menyentuh hal peribadi.
βRakyat Libaran tidak boleh memilih calon sedemikian. Saya tahu pengundi di kawasan ini bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh,β jelasnya.
