Fokus keusahawanan, Pendidikan, kata Azizah

PAPAR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited dalam misi untuk membantu usahawan dan masyarakat setempat khasnya di luar bandar dan sektor pendidikan.

Advertisements

Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata MARA merangka program fokus kepada matlamat untuk membantu usahawan serta masyarakat setempat dengan matlamat bagi memberi kefahaman mendalam.

“Kita beri pendedahan dan maklumat jelas mengenai kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak MARA samaada melalui sektor keusahawanan dan pendidikan MARA.

“Program ini kita rangkumkan dalam bentuk interaksi rakyat secara langsung melalui pengisian yang dirangka seperti taklimat keusahawanan, taklimat pembiayaan, kemudahan premis MARA dan taklimat kemudahan pendidikan.

“Tidak lain tidak bukan usaha ini adalah bertujuan untuk membantu golongan sasar terutamanya usahawan dan komuniti luar bandar serta memberi manfaat secara terus mengenai kemudahan yang disediakan oleh pihak MARA,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Lawatan Kerja Pengerusi MARA di sini, hari ini.

Menurut Azizah, MARA turut membuat penelitian dan pemantauan kepada semua modul program yang dirangka bagi program taklimat keusahawanan dan pendidikan.

“Macam program ini yang berlangsung dengan disertai 20 penyewa MARA di daerah Papar, kita selalu memantau modul program dan hari ini pengisiannya adalah berkenaan kemudahan pembiayaan MARA, kemudahan premis perniagaan MARA, peluang pendidikan dan kemudahan pinjaman pelajaran MARA dan pembangunan usahawan,” katanya.

Azizah turut menyampaikan cek kemudahan MARA kepada penerima pembiayaan MARA dengan nilai keseluruhan RM610,000 bagi penerima pembiayaan Skim Pembiayaan Kontrak Ekpres (SPIKE), usahawan Dananita, usahawan Mudah Jaya dan usahawan Putra.

Seramai 10 usahawan menerima sijil penghargaan bayaran balik pinjaman terbaik, seorang penyewa daerah Papar dan Penampang pula menerima sijil penghargaan bayaran sewa balik.

Selain itu, 10 pelajar dari daerah Papar turut menerima sumbangan tunai Yayasan Pelajaran Mara (YPM) berjumlah RM100 setiap orang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles