Warga Emas Aset Penting Negara

KOTA KINABALU: Warga emas merupakan aset yang amat penting kepada negara kerana mereka memiliki ilmu, pengalaman dan kepakaran yang sukar dicari ganti’.

Advertisements

Oleh itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata sudah tiba masanya
rakyat mengambil perhatian terhadap penuaan individu dan mengambil pandangan yang positif terhadap penuaan.

Beliau juga mengajak rakyat supayascmenolak sifat “Ageism’ yang bermaksud pandangan yang negative terhadap warga emas.

Beliau berkata rakyat sewajarnya mengiktiraf bahawa warga emas akan terus menjadi aset penting dan berharga kerana golongan ini mampu mempengaruhi kelangsungan kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Dr Rose Nani berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Warga Emas 2022 dan Perasmian Bilik Rawatan Pergigian Geriatrik Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Beliau berkata mengikut statistik, jangka hayat rakyat Malaysia terus meningkat kepada 74 tahun sejak beberapa dekad yang lalu.

Katanya ini disebabkan oleh sistem penjagaan kesihatan yang meningat, persekitaran hidup dan sistem sanitasi yang bertambah baik dan program imunisasi yang tersusun.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles