Calon BN Libaran Puas hati Prestasi Jentera PRU15

SANDAKAN : Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN memasuki hari ke-empat kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Advertisements

Menurut beliau, jentera parti di 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dilawatinya setakat ini telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan tersusun.

PDM terlibat termasuk Pamaguan, Batu Putih, Sungai Kayu, Tinusa 1, Batu 8 Jalan Labuk, Fajar, Merpati, Jalan Labuk, Sibuga, Sungai Batang, Padas, Dandulit, Jaya Bakti, Sungai Dusun dan Batu 25 selain dua sub PDM iaitu Batu Putih dan Tinusa.

“Saya berpuas hati dengan gerak kerja jentera, tetapi jangan terlalu selesa. Saya mahu jentera terus konsisten dengan tugas masing-masing agar bukan sahaja kita menang dalam PRU-15, tapi menang dengan majoriti yang lebih besar,” katanya ketika melawat PDM Pamaguan di Libaran.

Dalam pada itu, beliau mahu jentera BN dan jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak melakukan sebarang provokasi, sebaliknya berlapang dada antara satu sama lain demi melaksanakan satu tugas yang sama.

Suhaimi percaya GRS akan memastikan jentera mereka bekerja keras bagi membantu kemenangan calon BN.

“Jentera GRS di semua peringkat sudah diarah untuk bersama dengan jentera BN untuk bergerak seiring melaksanakan tugas menjelang hari mengundi pada 19 November ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles