Salleh mahu BN utamakan amalan sistem berparti untuk jayakan misi kembali berkuasa

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengajak penyokong dan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya mengutamakan amalan sistem berparti bagi memastikan BN kembali berkuasa sepenuhnya di negara ini.

Advertisements

Menurutnya pendekatan seumpama itu merupakan antara faktor kemenangan BN menerajui negara demi kestabilan dan kemakmuran.

Salleh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Sabah berkata negara ini bakal mengukir sejarah hari demokrasi pada 19 November untuk memilih parti mana yang bakal memimpin Putrajaya.

“Barisan Nasional yang sudah berdekad lama berpengalaman memerintah perlu berhempas-pulas untuk memenangi PRU15 agar kestabilan politik dapat dicapai.

“Kita perlu amalkan sistem berparti untuk memastikan BN kembali berkuasa sepenuhnya,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata fokus perlu ditumpukan kepada usaha mengukuhkan perpaduan dan membina kekuatan bersama.

“Kekuatan parti adalah kesetiaan pemimpin dan ahli kepada parti,” katanya.

Salleh berkata sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, usaha untuk memartabatkan masyarakat itu seharusnya menjadi agenda utama.

“Jangan leka dan jangan cuai seinci pun dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat. Sentiasa turun padang dan ambil tahu isu rakyat,” katanya.

Beliau berkata kehadiran UMNO dan BN dalam arus politik negara amat penting.

“Kita punya kekuatan dengan gerak kerja akar umbi yang tidak pernah putus asa membanting tulang bekerja.

“Jika parti diutamakan, perpaduan diperkukuhkan inshaAllah kemenangan akan berpihak pada kita untuk sekali lagi menerajui Malaysia demi pembangunan dan kestabilan,” katanya.

Menurut Salleh, parti idak boleh bersendirian, sebaliknya ia harus dibina dengan perjuangan yang ikhlas demi pembangunan rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles