SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) P184 Libaran Datuk Suhaimi Nasir menyeru semua jentera pemuda, wanita dan puteri agar meraih undi rumah ke rumah bertemu pengundi.
“Kempen tersebut akan lebih mendekati jiwa masyarakat terutamanya golongan muda dalam Parlimen Libaran”, katanya.
Beliau berkata kita perlu mengenalpasti golongan pengundi yang boleh kita dekat termasuk ahli-ahli parti kita bagi menyampai visi dan misi dalam Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15).
“Hasrat kita adalah mendekati pengundi dari rumah ke rumah sepanjang tempoh kempen diyakini lebih berkesan dalam mendapatkan undi mereka”, katanya selepas bertemu dengan jentera BN di beberapa Pusat Daerah Mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, hari ini.
Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU) Dilantik berkata jentera parti perlu merangka program kempen turun padang ke setiap kawasan di Parlimen Libaran dan bertemu empat mata dengan semua pengundi disini.
Beliau turut mengingatkan jentera pemuda, wanita dan puteri agar sentiasa bekerjasama dan erat perpaduan satu pasukan semasa melaksanakan kempen.
“Apabila kita bersatu, sudah tentu pihak lawan sukar untuk memecah belahkan kesatuan padu kita”, katanya.
Suhaimi mahu jalinan kerjasama yang kita tunjukkan itu direalidasikan dengan memberi kemenangan kepada calon BN.