Marinsah dinobatkan Tokoh Maulidur Rasul daerah Semporna 2022

SEMPORNA: Marinsah bin Haji Amanah mantan Guru Besar SK Bubul yang bersara pada tahun 1999 telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Semporna tahun ini.

Advertisements

Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan Pegawai Daerah Semporna Tuan Juraimin bin Haji Jadil di Dewan Masyarakat Semporna hari ini.

Pemilihan Marinsah adalah berdasarkan kepada pengalaman luas, sifat dan peribadi yang unggul termasuk kepimpinan dan teladan serta mendapat pengiktirafan atas sumbangan kepada masyarakat dan organisasi.

Ini termasuk penglibatan aktif dalam Persatuan Guru Guru Bersara di Peringkat Daerah Semporna dan Negeri Sabah.

Beliau yang dilahirkan pada 2 April 1945 telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 30 tahun dan mengakhiri kerjaya sebagai Guru Besar di daerah Semporna .

Hasil perkongsian dengan isterinya Mariamah Binti Yusof yang juga seorang guru, melahirkan 9 orang anak yang cemerlang dalam kerjaya masing-masing yang turut menyumbang ke arah pembangunan ummah.

Salah seorang anaknya, telah memperolehi Doktor Falsafah pada usia 29 tahun daripada Universiti Malaya. Sebelum itu, beliau merupakan pelajar terbaik, memperolehi Ijazah sarjana muda Kelas Pertama dan cemerlang di peringkat Master di Universiti sama dalam bidang Pengajian Islam.

Pada ketika ini, anaknya itu menjawat jawatan Timbalan Dekan dalam Pengajian Islam di Universiti Malaysia Sabah yang terlibat secara langsung dalam pembangunan ummah Islam dan program yang bersifat kemasyarakatan di universiti tersebut

Related Articles

253FansLike

Latest Articles