Adun Bandau mungkin cabar Maximus di Parlimen Kota Marudu

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Wetrom Bahanda
mungkin bertanding di Parlimen Kota Marudu menentang penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Advertisements

Desas desus itu semakin bertiup kencang susulan laporan media sosial yang menyebut Wetrom keluar daripada Bersatu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyertai Parti Warusan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Wetrom belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Terdahulu, laporan FMT memetik Ketua Penyelaras Task Force KDM Warisan DUN Matunggong, Jominit Kobuhi sebagai berkata bahawa Wetrom telah mengumumkan perkara itu dalam satu majlis bersama penyokongnya di Matunggong pada Sabtu.

“Ya memang betul, dia umum di hadapan penyokongnya di sebuah dewan kebudayaan di Matunggong.

“Apapun kita tunggu pengumuman atau kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan Warisan,” kata Jominit kepada FMT.

Jominit berkata, beliau difahamkan Wetrom turut mengumumkan mahu bertanding di Parlimen Kota Marudu atas tiket Warisan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles