Hajiji hadiri majlis tahlil sempena hari jadi ke-69 TYT Sabah

113

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang di sini pada Jumaat.
Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin.
Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.