Salleh ajak rakyat jadikan Hari Malaysia wadah semarakkan patriotisme

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengajak rakyat untuk menjadikan Sambutan Hari Malaysia 16 Sept (esok) sebagai wadah mengukuhkan perpaduan dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme.

Advertisements

Beliau berkata bagi rakyat Sabah,16 September merupakan tarikh yang amat bermakna.

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata Hari Malaysia 16 September tidak kurang pentingnya dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang perlu dijiwai oleh seluruh rakyat.

“Menuntut hak adalah satu proses. Insyallah jika kita bersatu padu tanpa terikat dgn pemikiran kepartian, kita akan berjaya.

“Malaysia, rakyatnya berbilang kaum, agama dan bangsa. Kita raikan perbezaan dan hormati sama satu lain, ” kata Salleh menerusi catatan terbaharu di Facebook.

Catatan itu dimuatnaik sempena Hari Malaysia yang disambut pada Jumaat (16 Sept)
.
Beliau juga menyeru rakyat supaya menghargai keharmonian yang dikecapi selama ini.

Dalam pada itu, Salleh turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles