Bung Mahu BN Sabah 100 Peratus Bersedia Hadapi PRU15

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU : Masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan ditambah baik jentera Barisan Nasional (BN) Sabah, khususnya di beberapa bahagian bagi memastikan tahap kesiapsiagaanya berada dalam kedudukan seratus peratus untuk berdepan PRU Ke-15.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata Ibu Pejabat BN Pusat dan negeri tidak hanya semata-mata bergantung kepada laporan di atas kertas tapi melihat kekuatan jentera di peringkat akar umbi yang akan menentukan kemenangan (BN) dalam PRU ke-15 akan datang

Menuru Ketua Umno Sabah itu, jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan juga cawangan perlu diperkasakan serta melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Kunci kemenangan adalah kekuatan jentera akar umbi. Yang penting buat kerja yang terbaik di peringkat PDM, cawangan, kita berkerja cara mahu menang dan kekuatannya ada di sini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi Libat Urus PRU Ke-15 Biro Politik Umno bahagian bahagian Negeri Sabah bersama Timbalan Presiden Umno Dato Seri Utama Haji Mohamad Hasan di bangunan Umno dekat sini pada Ahad.

Turut hadir Naib presiden Umno Dato Mohamed Khaled Nordin , setiausaha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan, Setiausaha BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Bung berkata tiada gunanya UMN0/BN hanya kuat di peringkat bahagian tetapi diperingkat PDM “berterabur” justeru beliau mahu di peringkat PDM masing masing diperkasakan.

“PRU kali ini jentera serta ahli perlu menampilkan semangat jentera yang luar biasa kerana kita menuntut kemenangan untuk membentuk kerajaan yang stabil,” katanya

Bung menambah dalam PRU kali ini , jentera negeri akan berhadapan secara berseorangan jadi kesiapsiagaan perlu menyeluruh.

“Disebabkan ini semua parti komponen BN disetiap bahagian akan bergerak sebagai jentera BN dan bukannya mewakili parti masing-masing,” katanya

Mengulas sambutan ahli parti BN dalam program pelancaran Gelombang Biru dan pelancaran jentera BN yang telah diadakan di beberapa bahagian Tawau dan Kota Belud , Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan berkata sambutan agak luar biasa.

“Kehadiran yang ramai ketika pelancaran menunjukkan komitmen yang tinggi di kalangan ahli dan jenetera parti dan semangat ini perlu kita bawa turun ke bawah ke peringkat PDM apabila PRU Ke-15 diadakan.

“Program jGelombang Biru serta Pelancaran jentera BN ini akan kita teruskan ke beberapa bahagian mengikut jadual yang telah ditetapkan ,” tambah Bung.

Mengenai calon Bung berkata BN Sabah khususnya Umno sudah menerima senarai calon yang dicadangkan dari setiap bahagian

“Kita sedang meneliti dan memperhalusinya sebelum memuktamadkan bila tiba masanya kita mengumumkan calon-calon yang bertanding,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles