Bekas Guru Besar Catat Rekod Derma Darah 102 Kali

TUARAN: Seorang bekas guru besar sekolah di Sabah mencatat rekod peribadi dengan 102 kali menderma darah sejak tiga dekad yang lalu.

Advertisements

Meskipun telah melaksanakan tugas murni melebihi 100 kali, Jainal Lebar, 63, berhasrat terus berbakti kepada orang ramai yang memerlukan selagi kudratnya terdaya untuk menderma darah.

“Sejak dahulu lagi saya kerap menderma darah.

“Apa yang saya lakukan ini adalah atas rasa tanggungjawab untuk membantu masyarakat khususnya mereka yang memerlukan darah,” katanya.

Jainal berkata demikian selepas menyertai Aktiviti Menderma Darah dan Mini Bazaar Sempena Bulan Kemerdekaan anjuran Pelayanan Gereja SDA Daerah Kiulu, di Dewan Masyarakat Kiulu baru-baru ini.

Jainal merupakan antara 200 pengunjung sempena aktiviti menderma darah itu.

Perasmian program itu disempurnakan
Pengarah Pelayanan Wanita Sabah Mission Linda Lagason.

Turut hadir Pengerusi Pelayanan Wanita Gereja SDA Daerah Kiulu Aili Juara.

Antara pengisian program itu ialah saringan kesihatan, pameran kesihatan, demo masakan sihat dan senamrobik sambil mengibar bendera jalur gemilang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles