UMNO Sabah tidak ketandusan tokoh yang layak jadi KM – NGO

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Media Tik Tokes Sabah Pak Aziz Bilin berpendapat ramai pemimpin UMNO Sabah atau Barisan Nasional (BN) Sabah yang layak ditonjolkan sebagai bakal Ketua Menteri Sabah menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Katanya pandangan yang mengatakan UMNO kini ketandusan pemimpin berkaliber tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Menurut Pak Aziz, selain Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, tokoh lain yang boleh diangkat sebagai calon Ketua Menteri ialah bekas Menteri Persekutuan yang juga bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Bagi saya, UMNO atau BN tidak menghadapi kesukaran mencari tokoh utama sebagai calon Ketua Menteri,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Pak Aziz berkata sebagai contoh Datuk Salleh bukan calang-calabg kerana beliau bukan sahaja berkelayakan dan berkaliber tetapi juga berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran termasuk pernah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.

“Jadi adalah tidak adil dan sesuai memberi pandangan seolah-olah sukar mencari tokoh dalam UMNO atau BN yang layak jadi Ketua Menteri.

“Kita harap rakyat tidak terpengaruh dengan naratif ini,” kata presiden NGO itu.

Mengenai isu ‘Poster Boy’, Pak Aziz berkata perkara sebesar itu sebaiknya diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti itu demi mengekalkan perpaduan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles