Madius kecewa mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi Kebebasan ditunda “last minute”

Oleh Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau

Advertisements

KOTA KINABALU: Menurut surat jemputan yang diedarkan kepada semua ahli pada 8 Ogos 2022, hari ini sepatutnya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi Kebebasan dan Hak Berperlembagaan.

Pada hari Ahad 13 Ogos 2022, saya membuat tempahan tiket penerbangan dan juga penginapan untuk hadir ke mesyuarat tersebut dan saya ambil penerbangan jam 7 malam kelmarin. Sekarang saya sudah berada di Kuala Lumpur.

Tiba-tiba satu pengumuman telah dibuat melalui group whatsapp bahawa mesyuarat ditunda diatas permintaan pengerusi kerana dua orang saksi yang telah dijemput untuk memberi keterangan ia itu Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia tidak akan hadir.

Sepanjang ingatan saya, sudah lebih tiga kali mesyuarat jawatankuasa ini telah ditunda atas pelbagai sebab. Penundaan ini menyebabkan lapuran daripada Jawatankuasa ini belum lagi dibentangkan di Dewan Rakyat sehingga hari ini.

Agenda mesyuarat pada kali ini, sebenarnya adalah meminta kedua-dua menteri memberi penjelasan kenapa pekerja asing yang datang bekerja di Malaysia perlu memberi bayaran kepada agen sebelum dipertimbangkan masuk ke Malaysia. Contohnya, pekerja daripada Bangladesh kena bayar RM25,000. kepada agen pekerja asing untuk bekerja di Malaysia.

Saya prihatin pasal dua perkara. Pertama, masa dan wang dibelanjakan untuk Ahli Parlimen yang jauh seperti saya datang ke Kuala Lumpur, tetapi mesyuarat tak jadi. Kedua, mesyuarat seperti ini sudah dijadualkan lebih awal ia itu 8 Ogos. Oleh itu, YB Menteri yang terlibat, yang dipanggil untuk hadir seharusnya mengambil berat dan memberi keutamaan untuk hadir kerana yang menjemput itu adalah institusi tertinggi negara ia itu Parlimen.

Selain itu, agenda serta Isu yang mahu dibincangkan melibatkan kepentingan awam, rakyat, ekonomi serta pelaburan negara.

Saya agak kecewa kerana mesyuarat ditunda ‘last minute’ hanya kerana kegagalan menteri-menteri yang dijemput tidak hadir tanpa alasan yang kukuh.

Diharap mesyuarat akan datang dapat diteruskan supaya hasil perbincangan serta syor-syor daripada Jawatankuasa ini dapat dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles